Tuesday, January 5, 2010

Perang Pemikiran

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan. Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah ‘Kapur!’, jika saya angkat pemadam ini, maka katalah ‘Pemadam!’”

Murid-muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik, sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah ‘Pemadam!’, jika saya angkat pemadam, maka katakanlah ‘Kapur!’.

Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok.

Selang beberapa saat, permainan berhenti. Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh-musuh kita memaksakan kepada kita dengan pelbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya.”

”Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika. Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, seks sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain-lain. Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya. Faham?" tanya guru kepada murid-muridnya. "Faham cikgu."

"Baik permainan kedua." begitu guru melanjutkan. "Cikgu ada Al Quran. Cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Quran yang ada ditengah tanpa memijak karpet?" Murid-muridnya berfikir. Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain. Akhirnya guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Quran. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet.

"Murid-murid, begitulah umat Islam dan musuh-musuhnya. Musuh-musuh Islam
tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang. Kerana tentu anda akan menolaknya mentah-mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar."

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah akidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dengan tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah hancurkan."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka. Dan itulah yang mereka inginkan. Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh-musuh kita.”

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya mereka. "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi. Begitulah Islam. Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sedar. Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang."

Semoga kita sama-sama dapat mengambil iktibar daripada kisah ini, sedarlah saudara saudaraku... mari bersama membimbing anak generasi kita...

Waallahu aalam.

Sunday, December 27, 2009

Berhati-hatilah Dengan Dunia

Al-Hasan Al Basri telah menulis kepada khalifah Umar ibn Abdul Aziz, katanya:

Maka sesungguhnya dunia itu adalah kampung persinggahan, bukan kampung yang kekal. Sesungguhnya Nabi Adam a.s diturunkan dari syurga ke dunia sebagai satu hukuman kepadanya. Maka awasilah dirimu wahai Amirul-mu'minin, kerana sesungguhnya bekalan yang kamu raih di dunia itu akan kamu tinggalkannya juga, segala kekayaan akhirnya akan memiskinkanmu, setiap masa ada sahaja mangsa yang terbunuh kerananya, akan terhina siapa yang membesarkannya, akan fakir siapa yang mengumpulkannya, ia seperti racun yang dimakan oleh orang yang tidak mengetahi, lalu ia mati.

Oleh itu hiduplah engkau di dalamnya seperti seorang pesakit yang cuba menyembuhkan lukanya, terpaksa berpantang sebentar kerana bimbang akan merderita panjang, ia terpaksa menanggung pahitnya ubat kerana takut lama menderita penyakit. Lantaran itu hendaklah awas dari dunia yang terkenal sebagai penipu pengeliru yang menghiaskan dirinya dengan penuh tipudayanya, yang selalu memfitnahkan ramai dengan perdayaannya dengan beraneka macam cita-cita serta memujuk rayu dengan kata bicaranya, dia adalah umpama pengantin yang menarik mata untuk memandangnya, melalaikan hati untuk mengingatkannya, semua jiwa terpesona kepadanya, dan dia pula amat benci kepada semua berkawan dengannya. Orang yang hidup sekarang tidak pernah mengambil tauladan dari orang yang terdahulu, yang terkemudian tidak mahu serik dari orang yang berlalu, dan orang ramai tidak mahu mendengar apa diberi tunjuk oleh si Arif yang mengenal Allah dengan sebenar-benar pengenalan. Orang yang mendapat dunia terus asyik dengan dunianya untuk memenuhi segala keperluannya, lalu dia terpedaya dan melewati batas, lupa dari hal mati kerana fikirannya terlena dengannya, sehingga tergelincir kakinya, maka amat besarlah kerugiannya dan banyak penyesalannya. Nanti apabila menghadapi sakaratul maut barulah terasa berat sakitnya, terasa luput banyak amalannya, dia kira dapat menebus dirinya dengan apa yang ditinggalkannya dari dunia, tetapi semua itu adalah sesia belaka, lalu tentulah dia akan menghadapi hal-hal yang sangat menyesalkan.

Sebab itu hendaklah, engkau menjaga dirimu dari dunia itu, duhai Amirul-mu'minin, ambillah dari dunia dengan berhati-hati, kerana orang yang punya dunia setiap dia merasa tenteram kepadanya dan bergembira dengannya, akan menariknya kepada apa yang dibencinya, yang bahaya bagi ahli dunia pedih dan yang manfaat bagi mereka semuanya tipu dan membahayakan, keseronokan yang dikecapkan membawa bala, yang kekal baginya akan membawa binasa, seegala kegembiraannya bercampur dengan dukacita, yang hilang daripadanya tidak akan kembali, lalu tiada siapa yang tahu apa yang datang selepas itu, semua cita-citanya hanya dusta belaka, segala harapan mengenainya bathil, yang bersih daripadanya sama dengan keruh, dan yang hidup dengannya tidak pernah lepas daripada susah dan derita.

Setengah para salaf mengatakan:

Wahai sekalian manusia! Beramallah sedikit-sedikit, takutlah Allah, janganlah terpedaya dengan memanjangkan cita-cita lalu melupakan ajal yang menanti. Janganlah berusaha semat untuk dunia, sesungguhnya dunia itu penipu, ia menghias dirinya untuk memperdayakan kamu, ia bercita-cita untuk memfitnah kamu, ia berhias indah untuk tunangnya maka jadilah ia seperti seorang pengatin yang cantik rupawan, semua mata tetumpu kepadanya, hati-hati tertarik kepadanya, ramai jiwa menjadi terpegun kepadanya. Berapa ramai orang yang asyik kepadanya, akhirnya binasa, jiwa yang tenteram dengannya kesudahannya tertipu.

Maka pandanglah kepada dunia dengan pandangannya yang berhati-hati kerana dunia itu banyak karenahnya, Penciptanya sendiri mencelanya, yang baru padanya terbala, kerajaannya akan binasa, pembesarnya akan hina, terdapat padanya segala macam yang kurang, orang yang dikasihi akan mati, kebaikannya akan pupus.

Maka bangun dan sedarilah! Moga-moga Allah merahmati kamu dari kelalaian kamu, berjagalah dari tidur kamu sebelum dikatakan si fulan itu sakit berat kronik, lalu ditanyakan adakah obat yang dapat menyembuhkannya, atau dimanakah doktor yang dapat menawarkannya. Maka dipanggilkan semua doktor tetapi tiada harapan baginya untuk sembuh lagi. Kemudian dikatakan, hendaklah si fulan ini berwasiat, segala hartanya harus dikira, kemudian dikatakan, sudah terasa berat lidahnya, ia tidak dapat berbicara lagi dengan saudara-maranya, dan ia tidak dapat mengenal jiran tetangganya.

Di waktu itu dahimu mula berpeluh, semua anggotamu bergoncang, keyakinanmu tetap menghadapi maut, kelopak matamu mula tertutup, sangkaanmu tidak salah lagi, lidahmu pun kelu. Saudara-maramu menangis lalu dikatakan kepadamu: Lihatlah ini anakmu, ini saudaramu tetapi engkau pada waktu itu tertahan dari bicara, tidak dapat berkata-kata lagi. Qadha' Allah yang ditetapkan pun sudah sampai masanya, maka tercabutlah nyawamu dari badanmu lalu diangkat ke langit.

Pada waktu itu, kaum keluargamu berkumpul menghadiri jenazahmu, mereka memandikanmu lalu mengkafankanmu. Orang yang sering menziarahmu, sudah tiada lagi, orang yang selalu hasad kepadamu akan beristirehat dengan pemergianmu, ahli keluarga pula berpaling kepada harta peninggalanmu. Dan tinggalkanmu bersendirian di dalam kubur bergadai dengan amalan kamu.

Setengah ahli Sufi mengatakan kepada para penguasa:

Sesungguhnya manusia yang paling berhak untuk mencela dunia dan membencinya ialah siapa yang dibentangkan dunia baginya dan diberikan semua keperluannya dari dunia itu, kerana dia menjangka kemungkinan bahaya akan datang menimpa hartanya itu lalu memusnahkannya, ataupun siapa yang mengumpulkan harta dunia itu, lalu ia membahagi-bahagikannya kepada orang yang memerlukannya, ataupun siapa yang terpengaruh dengan habuannya lalu ia mencabutnya dari akar umbinya, ataupun ingatan kepada dunia itu menyerap ke dalam jasmaninya sehingga menjadikannya sakit kerana terlalu memikirkannya, ataupun ia datang secara mengejut sedangkan tabiat lokek tetap ada bersama teman taulannya. Sebab itulah dunia ini memang patut dicela kerana ia akan merampas kembali apa yang diberikannya, dan akan menuntut semula apa yang telah diserahkannya, kadang-kadang tatkala ia sedang menyenangkan tuan punya tiba-tiba ia berhenti lalu menyenangkan orang lain. Adakalanya ia menangisi kesusahanmu sebentar lagi kamu menangisinya. Adakalanya ia membukakan tangannya untuk memberi, sebentar lagi ia menadah tangan meminta-mintamu semula, umpama mahkota yang diletakkan di atas kepala seseorang hari ini lalu esoknya ia menyembamkan mukanya ke perut tanah. Sama sahaja baginya, apa yang kamu belanjakan dan apa yang kamu simpan. Sama sahaja kamu menambah apa yang sisa di tanganmu dan apa yang engkau belanjakan, ataupun engkau rela menukar sesuatu dengan sesuatu yang lain. Pendek kata dunia itu kesemuanya tetap tercela juga.


Sumber:
Kitab Mukashafah Qulub

Pada Siapa Patut Letak CINTA ?

Jatuh yang tidak ada orang simpati ialah jatuh cinta. Sebab jatuh cinta indah, tidak macam jatuh tangga atau jatuh pokok, sakit. Cinta banyak perkara cinta. Tidak ada siapa pun yang dapat larikan diri daripada mencintai dan dicintai. Kemuncak cinta, ada orang masuk syurga kerana cinta dan tidak kurang ramai orang yang akan dihumbankan ke neraka gara-gara cinta. Cinta yang begaimana boleh bawa seseorang ke syurga dan kenapa ada yang masuk neraka lantaran kerana cinta?

Cinta, rasa yang ada dalam hati yang tidak boleh disukat-sukat. Hati yang merasainya, sehingga boleh terhibur atau terseksa kerananya. Datangnya dari dua sumber yakni dari nafsu dan dari Allah.

Cinta yang diilhamkan oleh nafsu berlaku bila hati kotor, sering melakukan dosa dan tidak pula bertaubat. Sifat-sifat keji seperti sombong, ujub, riak, gila puji, hasad dengki dan lain-lain sifat jahat bersarang dalam hati tidak dikikis, maka ketika itu nafsulah yang akan jadi Tuhan dalam diri sehingga apa saja yang dilakukan mengikut arahan nafsu. Termasuk dalam meletakkan cinta, ukuran yang diberi dan sebab jatuh cinta pun ikut selera nafsu.

Lelaki akan jatuh cinta pada perempuan yang mendedahkan kecantikannya hingga tubuh badan perempuan itu sudah tidak terlindung lagi pada pandangan nafsunya. Cinta diberi ialah untuk mengisi keinginan nafsu seks lelaki kepada perempuan. Begitu juga wanita, jatuh cinta sebab lelaki kaya, handsome bergaya, ada jawatan dan lain-lain keistimewaan yang disenangi oleh nafsu. Lantas cinta diberi dengan harapan mereka dapat tumpang kemewahan dan kesenangan hidup lelaki tersebut. Jelasnya, cinta yang datang dari nafsu ditujukan untuk kesenangan nafsu semata-mata.

Bila bertaut dua cinta yang dilahirkan oleh nafsu yang punya kepentingan masing-masing maka berlangsunglah babak-babak melahirkan rasa cinta. Dari surat menyurat, telefon, ziarah, keluar makan-makan, berdua-duaan di taman bunga, dalam keadaan saling rindu merindukan. Ketika itu tak ada lain dalam ingatan melainkan orang yang dicintai. Sehari tak jumpa atau tidak telefon rasa berpisah setahun. Sudah tidak malu pada orang sekeliling, apa lagi pada Allah yang Maha Melihat. Lagi mereka tidak ingat dan takut. Lantaran itu mereka sanggup buat apa saja untuk membuktikan kecintaan pada pasangan masing-masing.

Hatta yang perempuan sanggup serah maruah diri konon untuk buktikan cinta pada lelaki. Yang lelaki pula rela bergolok bergadai untuk memberikan kemewahan pada perempuan sebagai bukti cinta. Akhirnya bila yang perempuan telah berbadan dua, lelaki serta merta hilang cintanya. Habis manis sepah dibuang. Kalau pada lelaki pula, ada duit abang sayang, tak ada duit abang melayang. Kalau pada suami pula, isteri seorang suami disayang, bila hidup bermadu kasih pada suami melayang.

Itulah falsafah cinta nafsu yang melulu. Cintanya hanya selagi nafsu ada kepentingan. Cinta inilah yang banyak melanda orang muda yang dilambung asmara. Hingga sanggup buat apa saja, sekalipun bunuh diri, kalau kecewa dalam bercinta. Walhal sedap dan indahnya sekejap. Sakitnya lama, sakit yang paling dah syatialah di neraka kelak. Inilah kemuncak cinta yang paling malang dan memalukan.

Cinta nafsu kalau pun boleh bersambung sampai membina rumahtangga ia tetap akan menyeksa. Kerana suami akan cinta pada isteri selagi isteri masih muda, seksi dan manja. Yakni selagi nafsu dapat disenangkan. Bila isteri tua, kulit berkedut, tampal make-up lagi hodoh, rambut putih dan gigi pun sudah banyak gugur seperti opah, badan pun sudah kendur, maka cinta suami akan beralih pada gadis muda yang menarik. Sekaligus hilanglah cinta suami. Menderitalah isteri yang hilang perhatian suami apalagi kalau terang-terang depan mata suami kepit perempuan lain, lagilah isteri terseksa.

Begitu juga si isteri. Cintakan suami selagi suami boleh membahagiakan dan menunaikan segala keinginan nafsu. Selagi suami kasih dan sayang padanya. Andainya suami hilang kuasa, jatuh miskin, masuk penjara atau suami kahwin lagi seorang maka serta merta hilang cinta pada suami. Sebaliknya berbakul-bakul datang rasa benci pada suami yang dulu dipuja tinggi melangit. Begitu mudah cinta bertukar jadi benci. Akibatnya berlakulah pergaduhan, masam muka, kata-mengata, ungkit mengungkit, suami tidak pedulikan isteri dan isteri pun hilang hormat pada suami. Rumahtangga panas dan menunggu saat untuk ditalqin kan ke kubur perceraian. Ketika itu tak ada lagi pujuk rayu, cumbu mesra sebagaimana waktu cinta tengah membara. Maka doktor yang menulis pun dituduh.

Itulah gara-gara cinta nafsu yang sudah menyusahkan manusia di dunia lagi.

Sebaliknya cinta yang dialirkan oleh Allah ke dalam hati, itulah cinta yang benar, suci lagi murni. Cinta yang bukan diukur ikut pandangan mata, tapi ikut pandangan Allah. Ia bersebab kerana Allah dan cinta diberi pun untuk dapat keredhaan Allah. Cinta begini tiada batasannya. Tidak pula kenal jantina dan kedudukan. Dan cinta lahir hasil dari sama-sama cinta pada Allah.

Boleh berlaku pada lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan, lelaki dengan perempuan, antara murid dengan guru, suami dengan isteri, sahabat dengan sahabat, rakyat dengan pemimpin, antara umat dengan Nabinya dan yang paling tinggi antara hamba dengan Tuhannya.

Kalau berlaku antara lelaki dengan perempuan yang tidak diikat oleh tali perkahwinan, mereka tak akan memerlukan untuk berjumpa, bercakap atau melakukan apa saja yang bertentangan dengan kemahuan Allah. Cinta mereka tidak akan dicelahi oleh nafsu berahi. Sebaliknya cinta itu ialah tautan hati yang berlaku walaupun tak pernah kenal atau baru kenal tapi hati rasa sayang dan rindu. Hati sedih kalau orang yang dicintai ditimpa susah, senang kalau yang dicinta itu senang. Sanggup susah-susahkan dan korbankan diriuntuk senangkan orang yang dicintai.

Cinta yang begini ada diceritakan dalam hadis, iaitu seorang lelaki yang bertemu dan berpisah dengan sahabatnya kerana Allah maka mereka akan mendapat perlindungan 'arasy Allah di padang mahsyar nanti, hari di mana masing-masing orang mengharap sangat lindungan dari matahari yang sejengkal saja dari kepala.

Kalau berlaku antara suami isteri maka isteri akan letak seluruh ketaatan pada suami, berkhidmat dan melayan suami tanpa jemu-jemu. Sama ada waktu suami tunjukkan sayang atau masa suami marah-marah. Sama ada suami kaya atau miskin, atau suami kahwin lagi, cinta isteri pada suami tidak belah bagi. Salah satu contohnya penderitaan mengundang bahagia. Kerana cintanya pada suami datangnya dari Allah hasil dari ketaqwaan isteri. Datanglah ribut taufan, angin puting beliung melanda rumah tangga, isteri tetap memberikan cintanya yang utuh dan teguh.

Begitu juga suami, cinta pada isteri tidak kira isteri itu muda atau tua. Sama ada pada hatinya. Selagi isteri taat pada Allah, isteri tetap dikasihinya. Kalau dia ada empat isteri, tentulah isteri-isteri akan tertanya-tanya, pada isteri manakah yang suami paling cinta? Kalau cinta itu bersumber dari Allah, tentu isteri yang paling taqwalah yang paling layak dicintai oleh suami lebih dari isteri-isteri lain. Sebagaimana Rasulullah lebih mencintai Aisyah kerana taqwa Aisyah lebih tinggi dari istei-isteri lain. Rasulullah saw akui sendiri hanya bersama Aisyah saja, dalam satu selimut baginda pernah diberi wahyu. Tapi tidak pernah berlaku semasa baginda satu selimut dengan isteri-isteri yang lain.

Sumber cinta yang datang dari Allah akan meletakkan Allah yang paling tinggi dan utama. Bila berlaku pertembungan antara cinta Allah dengan cinta pada makhluk maka cinta Allah dimenangkan. Misalnya seorang isteri yang cinta suaminya. Tiba-tiba suami larang isteri melakukan ketaatan pada Allah dalam hal tutup aurat, walhal tutup aurat itu Allah tuntut. Maka kecintaan pada Allah itu akan mendorongnya untuk laksanakan perintah-Nya walaupun suami tidak suka ataupun terpaksa kehilangan suami. Sanggup dilakukan sebagai pengorbanan cintanya pada Allah. Sebaliknya kalau dia turut kemahuan suami ertinya kata cinta pada Allah hanya pura-pura, cintanya bukan lagi bersumberkan Allah tapi datang dari nafsu.

Cinta yang datang dari Allah menyebabkan seseorang cukup takut untuk melanggar perintah Allah yang kecil, apalagi yang besar, lagi dia gerun. Seorang yang sudah dapat mencintai Allah, cinta yang lain-lain jadi kecildan rendah padanya.

Sejarah menceritakan kisah cinta Zulaikha terhadap Nabi Yusuf. Sewaktu Zulaikha dibelenggu oleh cinta nafsu yang berkobar-kobar pada Nabi Yusuf, dia sanggup hendak menduakan suaminya, seorang menteri. Bila Nabi Yusuf menolak keinginannya, ditariknya baju Nabi Yusuf hingga terkoyak. Akibat dari peristiwa itu Nabi Yusuf masuk penjara. Tinggallah Zulaikha memendam rindu cintanya kepada Yusuf.

Penderitaan cinta yang ditanggung oleh Zulaikha menyebabkan dia bertukar dari seorang perempuan cantik menjadi perempuan tua yang hodoh. Matanya buta kerana banyak menangis terkenangkan Yusuf, hartanya habis dibahagi-bahagikan kerana Yusuf. Sehingga datanglah belas kasihan dari Allah terhadapnya. Lalu Allah mewahyukan agar Nabi Yusuf mengahwini Zulaikha setelah Allah kembalikan penglihatan, kemudaan dan kecantikannya seperti di zaman gadisnya. Peliknya, bila Zulaikha mengenal Allah, datanglah cintanya pada Allah sehingga masanya dihabiskan untuk bermunajat dengan Allah dalam sembahyang dan zikir wirid sehingga terlupa dia hendak melayan kemahuan suaminya Yusuf yang berhajat kepadanya. Terpaksa Nabi Yusuf menunggu Zulaikha menghabiskan sembahyangnya, hingga hampir hilang kesabaran Nabi Yusuf lantas ditariknya baju Zulaikha sehingga koyak; sebagaimana Zulaikha pernah menarik baju Nabi Yusuf seketika dulu.

Begitulah betapa cinta yang dulunya datang dari nafsu dapat dipadamkan bila dia kenal dan cinta pada Allah. Cinta Allah ialah taraf cinta yang tinggi. Kemuncak cinta ini ialah pertemuan yang indah dan penuh rindudi syurga yang dipenuhi dengan kenikmatan.

Cinta pada Allah akan lahir bagi orang sudah cukup kenal akan Allah. Kerana cinta lahir bersebab. Kalau wanita cinta pada lelaki kerana kayanya, baiknya, tampan dan sebagainya dan lelaki cinta wanita kerana cantik, baik, lemah lembut dan sebagainya maka bagimereka yang berakal akan rasa lebih patut dicurahkan rasa cinta pada Allah kerana segala kenikmatan itu datangnya dari Allah.

Ibu bapa, suami, isteri, sahabat handai dan siapa sajayang mengasihi dan mencintai kita, hakikatnya itu semuanya datang dari Allah. Kebaikan, kemewahan dan kecintaan yang diberikan itupun atas rahmat dan kasihan belas Allah pada kita. Sehingga Allah izinkan makhluknya yang lainnya cinta pada kita. Walhal Allah boleh bila-bila masa menarik balik rasa itu dari hati orang-orang tadi kalau Allah mahu.

Allah yang menciptakan kita makhluk-Nya, kemudian diberinya kita berbagai-bagai nikmat seperti sihat, gembira, dan macam-macam lagi. Sama ada masa kita ingat pada-Nya ataupun masa kita lalai, tetap diberi-Nya nikmat-nikmat itu. Begitulah, kebaikan Allah pada kita terlalu banyak sebagaimana firman-Nya: yang bermaksud:

"Kalau kamu hendak menghitung nikmat-nikmat Allah, nescaya kamu tak terhitung."

Besar sungguh jasa Allah dari menciptakan, menghidupkan dan memberi rezeki, suami, isteri, rumah dan macam-macam lagi yang dengannya kita boleh lalui kehidupan dengan aman bahagia. Alangkah biadapnya kita kalau segala pemberian Allah itu kita ambil tapi lupa untuk ucapkan terima kasih, lupa pada yang memberi. Walhal, Allah boleh saja menyusah dan menyenangkan kita dengan kehendaknya.

Oleh itu orang yang betul kenal dan beradab, dia malu pada Allah. Malah kerana malunya itu dia tidak nampak yang lain lebih hebat dari Allah. Cintanya tertumpu pada Allah, dan penyerahan diri pada Allah sungguh-sungguh. Setiap saat menanggung rindu lalu masanya dihabiskan untuk berbisik-bisik dengan kekasihnya. Sehingga kerana terlalu mendalam cinta pada Tuhan ada hamba Allah yang berkata, "Wahai Tuhan, aku mencintai Engkau bukan kerana takutkan neraka-Mu. Tapi kerana Zat-Mu, ya Allah. Aku rela masuk neraka kalau itulah kemahuan-Mu."

Itulah rintihan hati seorang wali perempuan Rabiatul Adawiyah dalam munajatnya dengan Allah. Dia menyatakan dua cinta tidak boleh duduk dalam satu hati. Bila cinta Allah sudah penuh dalam hatinya, maka tidak ada tempat lagi untuk cinta selain dari itu.

Ada orang mangatakan: "Jika kau berikan hatimu atau pun cintamu pada manusia nescaya dia akan merobek-robekkannya. Tapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada Allah nescaya dicantum-cantumkan-Nya. Ertinya cinta dengan Allah pasti berbalas. Dan Allah tidak membiarkan orang yang dicintai-Nya menderita di akhirat."

Jadi seorang yang bijak dan beradab akan meletakkan kecintaan yang besar pada Allah, pada Rasulullah dan barulah pada makhluk-makhluk lain di samping-Nya. Itulah perletakan cinta yang betul dan menguntungkan di dunia dan juga di akhirat. Itulah dia cinta kita pada Allah swt yang patut kita letakkan.

Jalan Pintas

PENGUAT KUASA JAIS menyerbu premis seorang bomoh ekor di Klang baru-baru ini. Selangor dipercayai antara negeri paling ramai bomoh.

MUNGKINKAH negeri paling maju di Malaysia, Selangor, sedang bergelut untuk membersihkan minda rakyatnya daripada pemikiran mundur iaitu mempercayai bomoh yang ramai bilangannya di negeri itu?

Baru-baru ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dilaporkan sedang giat memburu 20 orang bomoh yang dikesan menawarkan pelbagai khidmat seperti menilik nombor ekor, menjual tangkal pelaris perniagaan dan ubat pengasih untuk memikat wanita.

Pegawai Perhubungan Awam JAIS, Mohd. Hidayat Abd. Rani memberitahu Jurnal, 20 bomoh itu akan terus dipantau oleh pihaknya dan tindakan keras pasti diambil jika terbukti mereka melakukan penyelewengan.

"Selangor negeri maju yang menjadi tumpuan golongan perantau termasuk dari Indonesia. Mereka mungkin sudah memiliki ilmu itu sebelum sampai ke sini.

"Selain itu, faktor persekitaran dan permintaan juga memainkan peranan. Mereka tidak akan bergiat aktif kalau perkhidmatan mereka tidak mendapat sambutan daripada orang ramai.

"Lagipun bomoh juga mengikut perkembangan semasa terutama dari segi alatan dan khidmat yang ditawarkan bagi meyakinkan pelanggan," katanya.

Hukum pengamalnya

Selasa lalu, Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid pula berkata, negeri itu sedang menimbangkan untuk mewujudkan satu enakmen bagi menyekat amalan sihir dan ilmu hitam.

"Ilmu sihir bercanggah dengan kehendak syarak. Masalahnya adalah untuk mendapatkan bukti bagi tujuan perundangan memandangkan ilmu sihir tidak dapat dilihat oleh pancaindera.

"Maka, kita harapkan cadangan yang dibincangkan di peringkat pakar membolehkan pembuktian dilakukan bagi melaksanakan apa-apa hukuman," katanya selepas merasmikan Muzakarah Pakar: Bentuk-bentuk Sihir Pengasih dan Metodologi Diagnosis di Shah Alam.

Tambah Tamyes, enakmen sedemikian perlu diwujudkan di negeri itu bagi membanteras penggunaan ilmu hitam yang semakin berleluasa terutama dalam perkahwinan dan aktiviti jenayah.
Mempunyai foto percutian yang hebat? Bolehkah ia memenangi pertandingan foto ini?

Jelasnya, sekiranya tiada enakmen tersebut, ia akan membolehkan pasangan suami isteri, bomoh atau penjenayah yang mengamalkan ilmu sihir dan melakukan jenayah serta menganiayai orang lain terlepas daripada hukuman kerana tiada peruntukan undang-undang.

Berdasarkan pengalaman penulis menemui beberapa 'pengamal perubatan tradisional' di Selangor, mereka dikenali kerana kepakaran tertentu seperti mampu mencari jodoh, merawat gangguan jin, urutan seksual lelaki malah mengubati sakit jantung.

Alatan-alatan yang digunakan untuk menjalankan upacara perbomohan itu pula agak pelik. Ini termasuk limau nipis, beras kunyit, daun sirih, pinang, kain kuning, keris kecil, gunting, pisau, tuala, telur dan bunga.

Persoalannya, bagaimanakah benda-benda tersebut mampu memberi manfaat apatah lagi mengubati orang yang sakit?

Profesor di Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid, berpendapat, sesuatu yang ada pada alam ghaib yang tidak dapat dicapai oleh pancaindera dan tidak terdapat dalam al-Quran dan hadis adalah amalan yang mirip kepada nujum.

"Rasulullah sendiri melarang sesiapa daripada menggunakan khidmat nujum kerana mempercayai kata-kata mereka bagaikan mendustai ajaran Nabi Muhammad sendiri.

Ayat al-Quran diharuskan

"Malah ia membawa kepada amalan sihir yang merupakan tujuh amalan dosa besar yang membinasakan," kata Mahmood Zuhdi tegas.

Bicaranya lagi, Allah telah menjelaskan bahawa iblis dan syaitan itu tidak berupaya menguasai manusia, kecuali mereka yang tunduk menurut kehendak makhluk ini, yang terdiri daripada orang yang sesat.

"Penggunaan ayat-ayat al-Quran oleh mereka yang melibatkan diri dalam rawatan tradisional tidak membuktikan amalan mereka tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

"Dalam jampi serapah Melayu yang sebahagian daripadanya dituturkan ketika melakukan rawatan melibatkan sebutan bismillah, salam, menyebut nama nabi, nama khalifah dan sebagainya, termasuk sebutan syahadah di akhir pertuturan tersebut," jelasnya.

Katanya lagi, lebih malang, mereka yang tidak mengetahui bahasa Arab meyakini orang yang menggunakan ayat-ayat al-Quran itu, pada hal sesetengah ayat itu telah diseleweng daripada ayat yang sebenar, pada barisnya atau kalimah tertentu.

"Penggunaan ayat-ayat al-Quran atau doa-doa diharuskan. Namun, sekiranya ia disertai dengan sihir, iaitu melibatkan jin, perbuatan tersebut adalah salah kerana amalan itu termasuk dalam kategori dosa besar iaitu sihir," terang beliau.

Mahmood Zuhdi juga menegaskan, sesuatu penyakit atau masalah berlaku disebabkan oleh faktor fizikal, mental juga saintifik.

"Lakukan semuanya dahulu. Demam bukan disebabkan gangguan jin tetapi ia terjadi disebabkan faktor fizikal badan yang lemah seperti perubahan cuaca.

"Seseorang juga harus berusaha sebaik mungkin dan diselarikan dengan tawakal sejak awal dan bukannya berserah semata-mata pada bomoh dan pawang," ujarnya.

Program Dajjal Mengubah Alam Bermula!

Pada 13 Ogos 2007, kami telah mengemukakan satu teori bertajuk “Teori Penguasaan Hujan oleh Dajjal”. Teori ini menyatakan bagaimana Dajjal menggunakan konsep Rumah Pintar dalam cubaan mewujudkan suasana berteknologi. Kini kemungkinan satu lagi teknologi bakal diperkenalkan untuk melengkapkan fitnah Dajjal.

Bill Gates mendahului program alam

Pada 9 Julai 2009 lepas, Bill Gates telah membuat kejutan pula dengan menyatakan hasratnya untuk menaik taraf teknologi komputer ke tahap yang lebih tinggi yakni cuba menguasai alam. Beliau memberitahu bahawa ribut atau taufan boleh dihentikan melalui teknologi Geo-engineering.

Bersama-sama dengan rakan lamanya yang pakar dalam bidang Geo-engineering, Nathan Myhrvold, mereka berdua telah menghasilkan satu diagram ringkas bagaimana sesuatu taufan itu boleh dihalang daripada berlaku. Idea mereka ini diberi nama “The Hurricane-Stopper”.



Menurut Gates dan Myhrvold, kawasan yang kerap berlaku taufan boleh dihalang dengan cara mengepam permukaan air panas ke dalam dasar laut bagi mengimbangi semula terma-terma yang boleh menghasilkan taufan.

Di dalam proses menghalang berlakunya taufan ini, beberapa kapal besar atau armada yang khusus yang boleh menjalankan aktiviti mengurangkan suhu panas permukaan air laut. Kapal ini kemungkinan akan dilengkapkan dengan alat-alat khusus yang besar saiznya dalam membuat pusingan bagi setiap permukaan air laut.

Menurut majalah Popular Science, walaupun masih di peringkat idea, diagram dan draf, Gates dan Myhrvold telah memanggil 5 pelabur utama untuk menawarkan program Hurracine-Stopper ini. Menurut salah seorang pelabur, idea ini agak gila dan kemungkinan projek ini menjadi projek dalam kartun “The Simpsons”.

Pelabur lain pula menyatakan persoalan tentang kos-kos yang bakal ditanggung mereka terhadap kapal-kapal besar tersebut jika program itu dijalankan. Masalah besar yang dijangka timbul adalah tentang nilai polisi insurans untuk setiap kapal yang beroperasi, tambahan pula jika berlaku taufan ketika operasi sedang dijalankan.

Projek Dajjal ini telah menelan belanja USD5 billion walaupun baru di peringkat draf dan kajian. Syarikat yang bertanggungjawab dalam program menggentikan taufan adalah Microsoft dengan kerjasama Intelectual Ventures yang mana CEO nya adalah Myvrhold sendiri. Di antara 5 orang pelabur yang hadir, tiada seorang pun yang berminat dengan idea dua orang Yahudi tersebut.

Cubaan mengawal cuaca melalui teknologi

Apa yang boleh dilihat dari projek Hurricane-Stopper itu, kami yakin ianya telah pun dibangunkan secara pilot projek sebelum Gates dan Myvrhold membuat penerangan kepada pelabur-pelabur tersebut. Keyakinan kami ini berdasarkan budaya agen-agen Illuminati sendiri yang lebih gemar membuat dahulu sebelum menghebahkannya.

Penerangan terhadap 5 pelabur itu mungkin sebagai cara untuk melihat sejauh mana keyakinan masyarakat terhadap kebolehan teknologi yang bakal dicipta oleh Dajjal. Manakala masyarakat sendiri amat berharap agar taufan tidak melanda mereka.

Harapan masyarakat itu akan diambil oleh Dajjal untuk ditukar kepada bisnis cuaca. Ini bermakna, masyarakat yang hendak selamat dari cuaca yang buruk hendaklah membayar sejumlah wang untuk mendapatkan teknologi yang boleh menghalangnya.

Maksud masyarakat di sini ialah kerajaan sesuatu negara.

Pendewaan teknologi sebagai agenda Dajjal

Sekiranya teknologi Hurricane-Stopper ini benar-benar terhasil kelak, maka kita dapat melihat nanti bagaimana berpusu-pusu negara dunia cuba membeli teknologi ini walaupun sanggup berhutang 100 tahun dengan IMF atau World Bank.

Pembelian teknologi ini walaupun berhutang mungkin dilihat berbaloi daripada terpaksa menanggung kos kemusnahan maksimum pada petempatan kampung, banda r dan daerah. Kos membangunkan semua kawasan yang mengalami kemusnahan seperti New Orleans, Amerika mungkin 20 kali lebih tinggi dari membangunkan New York.

Kesan jangka panjang teknologi ini ialah, masyarakat dunia akan mendewakan golongan-golongan saintis secara ekstrem. Teknologi dilihat bukan lagi pada kemajuan tindakan pada sesebuah robot tetapi akan ditafsirkan sebagai boleh mengubah kuasa alam.

Walaupun sains itu memberi kebaikan kepada kehidupan manusia, tetapi sudah pasti akan wujud golongan yang mendewa-dewakan kemampuan sains dalam mengubah perkara yang sudah tercatit di dalam Lauh Mahfudz misalnya peminat-peminat fanatik teori Wormhole.

Jodoh

“ Tuan kadi,kami benar-benar saling mencintai.Tolonglah ,nikahkan kami ” .

“ Tak boleh.Anak sendiri mengaku gadis ini sudah bertunang dengan pemuda lain.Saya tak mahu bersubahat dengan anak berdua ! ” .

“ Tapi dia tidak mencintai tunangnya itu ! ”

“ Itu soal lain.Soalnya ,dia sudah bertunang ! ” .

“ Apakah tuan kadi sanggup melihat kami bersekedudukan dan melakukan zina ? ”

“ Astafirullahal’azim ! Mengucap nak ! ”

“ Kami masih ingatkan Allah,tuan kadi.Kami masih berpegang kepada ajaran agama.Sebab itulah kami minta supaya kami dinikahkan.Kami tak mahu bersekedudukan tanpa nikah ”.

“ Kalau anak berdua berpegang kepada agama,anak juga harus berpegang kepada Adat.Adat yang telah menetapkan pertunangan anak itu ”.

“ Saya tak mahu khawin dengan tunang saya itu ! Saya tidak mencintai dia ! ”

“ Kalau begitu anak pulanglah dulu.Merayu kepada ibu bapa anak supaya memutuskan pertunangan anak dengan pemuda itu.Kemudian suruhlah kekasih anak ini masuk meminang ”.

“ Itu tidak mungkin,tuan kadi.Ibu bapa saya tidak akan menerima pinangan kekasih saya ini ”.

“ Anak mesti pujuk ibu bapa anak itu baik-baik ” .

“ Tidak, Tuan kadi.Orang tua saya tidak akan menerima pinangan dia.Lagipun, ayah saya panas baran orangnya.Kalau saya minta pertunangan sauya dengan pemuda itu diputuskan,

Dia pasti mengamuk.Dia akan bunuh saya tuan kadi ! ”

“ Tidak ada orang tua yang sanggup membunuh anak kandungnya sendiri ! ”

“ Tidak tuan kadi.Kalaupun ayah tidak sanggup membunuh saya,nyawa kekasih saya ini yang akan menjadi mangsanya nanti ! ”.

“ Benar tuan kadi.Tolonglah nikahkan kami.Kami tidak ada pilihan lain lagi ”.

“ Kalau macam tu,saya pun tak ada pilihan .Saya tak dapat menikahkan anak berdua.Anak cubalah pergi jumpa kadi daerah lain ” .

Salim mengeluh kecewa.Begitu juga Anisa.Mereka berpandangan, hampa.Malam itu Salim tidak dapat menumpukan perhatian kepada tugasnya.Entah berapa kali dia membuat kesilapan memukul drumnya.Albert, ketua kumpulannya yang bermain Keyboard dapat mengesan keadaan Salim.Sewaktu break dia mengajak Salim minum di sebuah gerai di depan bangunan yang menempatkan Century Night Club,tempat mereka mengikat kontrak bermain muzik .

“ So,you orang tak dapat nikah lagi ? ” Albert menduga. Salim hanya mengangguk.Albert merenung tepat wajah temannya itu,simpati. Beberapa ketika kemudian Albert bersuara perlahan-lahan. Teragak-agak .

“ I kesian tengok you berdua.I betul-betul nak tolong you tapi tak tau macam mana….”

“ Terima kasihlah Albert.You memang tak boleh tolong kita orang…”

Sepi.Salim dan Albert sama-sama terdiam.Masing- masing melayani perasaan sendiri.Salim tiba-tiba teringat pada kekasihnya Anisa.Mungkin Ani sedang tidu di bilik.Tapi,dapatkah dia tidur dalam keadaan fikirannya yang berkecamuk macam sekarang ni ? . Salim terus termangu melayani fikirannya.Segala yang telah berlaku mengimbas kembali dilayar kenangannya…… . Malam itu dia memenuhi gesaan Anisa supaya menemui orang tua kekasihnya itu.Dia memang amat keberatan tapi Anisa merayu dan menangis meminta dia datang.

“ Datanglah bang….Kalau abang benar-benar cintakan Ani,”Anisa merayu...

Lalu dia memberanikan diri nekad mengunjungi keluarga Anisa.Sejak ketibaannya dirumah itu lagi,renungan tajam Pak Jamlus,ayah Anisa membuat jantungnya berdegup kencang.Namun rasa cintanya yang amat mendalam terhadap Anisa menguatkan semangatnya. Akhirnya dia nekad membuka mulut.Merayu agar pertunangan dengan Anisa dengan tunangnya diputuskan bagi membolehkan dia berkhawin dengan Anisa .

“ Apa,kau dah gila ? ” jerkah Pak Jamlus.

“ Senang-senang kau suruh aku putuskan pertunangan anak gadis aku ? kurang ajar ! ” .Serentak dengan kata-kata itu penampar Pak Jamlus,dukun juga guru ‘ Silat Rajawali ’ Kampung Selesa singgah di pipinya.

“ Ayah ! ” Anisa menjerit lalu menangis.Penampar orang tua itu singgah pula di pipi Anisa.

“ Kurang ajar ! Berani kau bawa budak jantan ni,suruh aku putuskan pertunangan engkau.Baik engkau suruh budak ni berambus sebelum aku kerat lehernya ! ”.

Dia tergamam.Tubuhnya menggeletar, bukan kerana takut tetapi menahan rasa marah.Marah kerana dihina.Marah melihat buah hatinya dilempang.Kemarahan nya yang meluap-luap membuat dia nekad untuk menentang orang tua itu .

“ Saya hormat Pak Jamlus sebagai orang tua.Sebagai ayah Anisa.Tapi kalau Pak Jamlus tak tau hormat orang lain,jangan salahkan budak macam saya ni kurang ajar pada Pak Jamlus ! ”.

“ Abang Salim ,jangan ! ” Anisa menerpa lalu menghadang Salim dari mendekati ayahnya.

“ Kurang ajar ! ” tengking Pak Jamlus berang dengan mata yang terjegil.

“ Abang Salim,baliklah. Kalau abang sayangkan Ani,abang baliklah ,” Anisa merayu sambil tersedu sedan.

Rayuan Anisa membuat kemarahannya reda.Dia sempat berfikir,menimbangk an akibatnya jika dia terlanjur menentang ayah kekasihnya itu .

“ Tolonglah bang,baliklah ”.Dia berundur perlahan-lahan ke pintu,lalu keluar

Malam itu dia tidak dapat melelapkan mata.Dia cuba menghuraikan kekusutan fikirannya.Bergelut menahan perasaan marah,sedih kecewa.Menjelang subuh ,dia mash lagi begitu.Namun sedikit demi sedikit timbul kekuatan dalam dirinya.Akhirnya dia membuat keputusan untuk melupakan Anisa.Sebagai langkah pertama,dia bertekad untuk ke Seremban,memenuhi pelawaan Albert untuk menyertai kumpulan muzik temannya itu bermain di sebuah kelab malam di sana.Hampir sebulan menyertai kumpulan Albert bermain di kelab malam itu,dia berjaya meredakan kekecewaannya, Karenah para pengunjung kelab tersebut,gurau senda kawan-kawan serta kesibukan berlatih sedikit sebanyak membantu.Biarpun tidak berdaya melupakan terus Anisa,sekurang- kurangnya dia dapat menerima hakikat,jodohnya dengan Anisa memang tiada.Namun api cinta yang hampir terpadam,tiba- tiba marak kembali.Anisa tiba-tiba muncul.Rupa- rupanya Anisa telah terlihat gambarnya bersama kumpulan muziknya di dalam sebuah surat khabar Cina.Anisa kemudian membuat keputusan melarikan diri dari rumah dan mencarinya.

“ Hari perkhawinan Ani semakin dekat.Ani tak sanggup menghadapi hari itu.Ani masih cintakan abang , ” Ucap Anisa menahan sebak.

“ Abang juga tak dapat menerima hakikat yang Ani akan jadi isteri orang lain.Kita akan nikah di sini ! ” katanya sambil mengesat air mata di pipi Anisa.

Namun,kenyataannya, apa yang berlaku tidak semudah yang mereka rancangkan.Sudah hampir dua bulan mereka menemui kadi-kadi dan imam-imam di seluruh negeri itu.Berbelas- belas orang semuanya.Namun hasrat mereka bernikah tidak juga tercapai.Semua kadi dan imam yang mereka temui enggan menikahkan mereka dengan alasan Anisah masih lagi menjadi tunangan pemuda lain..

“ I betul-betul kasihan pada you orang berdua. I rasa nak cuba tolong you orang . I memang ada satu cara…tapi, I tak tahu sama ada you orang setuju atau tidak,” Albert berkata perlahan-lahan, teragak-agak .

“ Cara macam mana ? ” dia menduga.

“ You tahu kan . I ada buat kerja part time main muzik di church. Selalu juga I main muzik untuk wedding….” Albert masih teragak-agak.

“ Jadi ? ” dia masih tidak dapat menangkap tujuan kata-kata Albert .

“ I pernah main muzik untuk wedding satu pasangan bukan Kristian yang khawin di church…”

“ Maksud you, Albert ? ” dia ternganga,amat terkejut apabila menangkap apa yang ingin dicadangkan oleh temannya itu.

“ I hanya mahu tolong you orang berdua.Kalau you orang dapat khawin secara Islam,why not you …..”

“ Tidak,Albert ! Tak mungkin ! ”. Albert terdiam.Dia serba salah

Dia duduk bersandar di kepala katil,menatap wajah Anisa yang sedang lena di sisinya...Wajah kekasihnya itu kelihatan amat sugul.Penderitaan yang ditanggung jelas terbayang pada wajahnya.Dia mengeluh.Sudah lebih tiga bulan Anisa datang dan tinggal bersamanya.Sepanjan g masa itu sudah berbelas-belas kadi dan imam yang ditemuinya.Impian mereka untuk diijabkabulkan sebagai suami isteri yang sah tidak juga tertunai dan kini cadangan Albert seakan membuka satu jalan untuk mereka.Jalan yang tidak pernah terlintas difikarnnya sebelum itu..

Tidak ! Tidak mungkin !

Kenapa tidak ? Inilah jalan terbaik buat engkau.Kalau tidak lupakan sajalah niat engkau untuk berkhawin dengan dia ! Tapi , aku tidak rela…..

Dia memang tidak rela mengorbankan akidah dan imannya.Walaupun dia bukanlah seorang penganut agamanya yang baik,tetapi dia tidak sanggup menyimpang dari landasan ajaran agama itu.Malah sudah lebih tiga bulan dia tinggal sebumbung,tidur sekatil dan sebantal dengan kekasihnya,dia masih dapat menahan tuntutan nafsunya daripada melakukan zina.Sekurang- kurangnya ke saat itu...Ini kerana dia tahu,zina adalah sesuatu yang amat dilaknat oleh Allah.Apatah lagi untuk memilih jalan yang membuat dia menjadi murtad, dia tidak rela sama sekali

Pagi itu dia bersama Anisa pergi menemui seorang lagi kadi.Kadi yang kesembilan belas dalam usaha untuk bernikah secara sah menurut hukum agama.

“ Baiklah ,kalau tuan kadi juga tidak dapat menikahkan kami,tak apalah,” katanya kecewa.

“ Tapi ingat,jangan salahkan kami kalau kami menikah di gereja nanti ! ”. Entah macam mana kata-kata itu terkeluar dari bibirnya.

“ Astafirullahal’ azim ! Mengucap nak ! ” .

Dia menarik tangan Anisa keluar dari pejabat kadi itu.Anisa mengekori kebingungan . Anisa tidak pasti adakah dia benar-benar mahu di bawa untuk berkhawin di gereja.Tapi rasa cinta yang amat mendalam terhadap Salim,membutakan mata hatinya.Lalu Anisa membulatkan tekad untuk menurut sahaja apa juga keputusan dan tindakan yang akan di lakukan oleh kekasihnya itu.

“ Albert,” Ucapnya perlahan .

“ Ada apa Lim ? ” Tanya Albert.

“ You pernah cakap nak tolong kita orang, kan ? ”

“ Ya,tapi….” Albert tergamam. Dia memandang wajah Salim dan Anisa silih berganti.

“ Kami dah buat keputusan untuk khawin di church ... I harap you tolong aturkan ! ”

Albert merenung wajah kedua temannya itu dengan pandangan yang masih curiga.

“ Tapi…….”

“ Kami tidak bergurau,Albert,please ,help us ! ” . Albert mengangguk perlahan ragu-ragu.

Segala persiapan telah diatur.Pagi itu dia dan Anisa telah berpakain sekemis mungkin untuk dinikahkan di sebuah gereja di Bandar itu.Mereka menunggu kedatangan Albert untuk membawa mereka ke gereja berkenaan .

“ Sudahlah.Jangan menangis lagi ” . Dia memujuk Anisa yang menangis tidak terhenti-henti sejak terjaga dari tidur subuh tadi.

Subuh itu dia melihat Anisa menunaikan solat subuh.Selesai solat Anisa berwirid dan berdoa sambil menangis teresak-esak. Perlakuan Anisa itu membuat hatinya begitu hiba.Dia hampir-hampir membatalkan niatnya untuk bekhawin di gereja.Namun dia mengeraskan semangatnya, tetap tidak berganjak dari keputusannya. Dia percaya,tindakannya itu nanti akan menjadi suatu protes terhadap kadi dan imam . Kedengaran bunyi enjin kereta memasuki halaman rumah.Dia dan Anisa menjengah kekuar melalui pintu.Ternyata bukan kereta Albert yang datang tetapi sebuah teksi.Mereka berdua berpandangan, tertanya- tanya siapa yang datang.Sejurus kemudian kelihatan Albert keluar dari pintu depan teksi tersebut.Dia dan Anisa berasa lega.Tetapi sejurus kemudian dia dan Anisa amat terkejut.Mereka tidak percaya apa yang mereka lihat.Ayah dan ibu Anisa keluar dari pintu belakang teksi itu.

Ibu Anisa terlebih dahulu menerpa masuk lalu merangkul tubuh anak gadisnya.

“ Ani ! ” Ucapnya sambil menangis terharu.

“ Mengucaplah nak.Jangan ikutkan kata hati.Ayah dan ibu izinkan engkau berdua berkhawin,nak ! ”.

“ Ya Ani.Ayah izinkan.Ayah akan merestui perkhawinan engkau berdua ! ” Pak Jamlus bersuara menahan sebak.

Anisa menerpa lalu melutut di kaki ayahnya itu.

Pak Jamlus memegang kedua belah bahu Anisa lalu mengangkat.

“ Sudahla Ani,Salim.Kemaskanl ah barang-barang engkau berdua.Ikut ayah balik.Ayah akan uruskan perkhawinan engkau berdua,” Kata Pak Jamlus lagi .

Dia terpinga-pinga .Masih tidak percaya apa yang berlaku.Dia berpaling merenung wajah Albert yang sejak tadi terpaku di muka pintu.

Albert membalas renungannya, tersenyum sambil mengangguk-angguk…



KUASA HAMBA TERLETAK PADA DOA…..



Adakah kita mendahulukan ADAT daripada HUKUM Allah....



Renung-renungkanlah ...


Sincerely,

Rifqah,
Design Department,
rifqah@jutasama. com...my
Tel: 03–5123 0088
Fax: 03-5123 0077
Ext: 162
Jutasama Sdn Bhd
Lot 1930, Batu 7,
Jalan Bukit Kemuning,Seksyen 32,
40460 Shah Alam,
Selangor , Malaysia .

Hati-Hati dengan Dengki

Kenapa iblis tidak mau bersujud kepada Nabi Adam as? Sebab, iblis sangat dengki terhadapnya. Karena itu, barang siapa di antara kita memiliki sifat dengki, maka sungguh kita telah memiliki salah satu sifat iblis. Rasulullah SAW bersabda, "Melepaskan dua ekor serigala lapar ke dalam kandang kambing tidak lebih besar bahayanya jikalau dibandingkan dengan seorang muslim yang rakus terhadap harta dan dengki terhadap agama. Sesungguhnya dengki itu memakan habis kebaikan, seperti api melalap habis kayu". (HR. At-Tirmidzi)

Seorang pendengki hidupnya tidak akan mulia di dunia. Malaikat pun akan muak kepadanya. Jika kelak mati, ia akan mendapatkan kedudukan yang teramat hina di hadapan Allah. Demikian pula di Yaumul Hisab timbangannya akan terbalik, sehingga neraka Jahanam pun siap menerkamnya. Itulah nasib malang yang akan Allah timpakan kepada seorang pendengki.

Apakah dengki itu? Secara garis besar sifat ini terbagi ke dalam dua bahagian. Pertama, dengki yang diharamkan. Seseorang merasa tidak senang atas kenikmatan yang diperoleh orang lain dan merasa bahagia kalau orang lain mendapat musibah. Atau setidaknya, ia menginginkan nikmat yang ada pada orang lain tersebut hilang. Ini dengki yang diharamkan, karena sifat seperti ini termasuk ke dalam tingkatan ketiga dari penyakit hati.

Kedua, dengki yang diperbolehkan berupa rasa iri kepada kenikmatan orang lain, tapi tidak ingin menghilangkan kenikmatan tersebut darinya. Melihat orang lain memiliki rumah besar dan mewah, kita merasa iri ingin pula memiliki hal yang sama dan tidak dengan cara menjadikan orang tersebut jatuh miskin. Keinginan seperti ini wajar-wajar saja selama tidak bergeser menjadi perasaan tidak enak, yang berlanjut pada hasrat ingin melenyapkan kenikmatan orang tersebut.
Bahkan, "kebolehan" merasa dengki seperti ini insya Allah akan berpahala bila kita berbuat. Pertama, ketika melihat orang berilmu dan gemar mengamalkan ilmunya, giat berdakwah dengan penuh keikhlasan, dan kita pun menginginkan untuk berbuat seperti itu. Kedua, ketika melihat orang kaya yang gemar membelanjakan hartanya di jalan Allah, lantas kita menginginkan berbuat hal serupa.
Dengki biasanya akan berpasangan dengan keadaan yang dihadapi pemiliknya. Mahasiswa akan dengki kepada sesama mahasiswa. Orang pintar akan dengki kepada orang yang pintar lagi, demikian seterusnya. Pendek kata, akan sulit terjadi seseorang merasa dengki terhadap orang lain yang memiliki kapasiti berbeza.

Secara umum ada empat hal yang bisa menyebabkan munculnya sifat dengki, iaitu: pertama, kebencian dan permusuhan. Sifat ini akan terjadi kerana pernah disakiti, difitnah, salah satu haknya dilanggar, atau sebab-sebab lain yang merugikan diri sendiri. Kedua, hadirnya naluri untuk selalu lebih dari orang lain. Naluri ini merupakan jalan tol menuju penyakit dengki. Seseorang yang merasa pakaiannya paling bagus misalnya, akan mudah dihinggapi rasa dengki ketika melihat ada orang yang pakaiannya lebih bagus dan lebih mahal daripada yang dipakai dirinya.

Kita hidup seharusnya seperti orang memandikan mayat. Ia akan senang bila ada yang membantu. Ketika berkiprah dalam dakwah, hendaknya kita bersyukur tatkala ada saudara seiman yang memiliki misi yang sama, dan ditakdirkan ilmu dan jamaahnya lebih banyak dari kita. Allah SWT berfirman dalam QS An-Nisaa: 32, ''Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikaruniakan Allah kepada sebagian kamu lebih banyak daripada sebagian lain. (Karena) bagi laki-laki ada bagian dari apa yang mereka usahakan dan bagi wanita pun ada bagian dari apa yang mereka usahakan. Dan mohonlah kepada Allah sebagian dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

Penyebab dengki yang ketiga adalah ambisi kepemimpinan. Obsesi ingin selalu memimpin yang disertai ambisi untuk merebut pucuk pimpinan adalah sarana yang paling rawan munculnya kedengkian. Bahkan bisa menjadi awal hancurnya sebuah negara dan umat. Karena itu, dalam konteks kepemimpinan umat, orang yang pertama kali terbenam ke dalam neraka adalah ulama-ulama pendengki yang selalu berambisi menjadi pemimpin dan mengejar popularitas. Munculnya kedengkian dalam hati para ulama dan pemimpin umat sedikit demi sedikit akan menghapuskan cita-cita luhur untuk mewujudkan ittihadul ummah; persatuan umat dalam cahaya Islam.

Dalam QS Al-Hujurat ayat 12 disebutkan: Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka karena sesungguhnya sebagian dari prasangka itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah pula sebagian kamu menggunjing sebagian yang lain.

Penyebab keempat adalah akhlak yang buruk. Orang yang buruk akhlaknya akan kikir berbuat kebaikan dan tidak suka melihat orang lain mendapatkan kebaikan. Jika melihat sesuatu yang tidak disukainya, ia pasti akan menggerutu dan sibuk menyalahkan. Orang seperti ini hidupnya akan selalu sengsara, dan di akhirat nanti akan mendapatkan transfer pahala yang ia miliki kepada orang yang didengkinya. Rasulullah menyebutnya sebagai orang bangkrut, mufhlis. Ia membawa pahala kebaikan, tapi pahala itu habis untuk menggantikan dosa yang diperbuatnya pada orang lain.
Oleh karena itu, Ibnu Sirrin pernah berucap, "Saya tidak sempat dengki di dunia ini. Kengapa saya harus dengki, apalagi perkara di dunia dan terlebih lagi dengki kepada orang saleh? Bukankah dunia ini tidak ada apa-apanya dibandingkan dengan akhirat nanti. Apa perlu kita dengki? Wallahu a'lam bish-shawab.

Rujukan: KH. Abdullah Gymnastiar